About Me

My photo
Ampang, Kuala Lumpur, Kuala Lumpur, Malaysia

Wednesday, 4 November 2015



PROGRAM MAJLIS BERKHATAN BERAMAI-RAMAI SEMPENA CUTI SEKOLAH 2015

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Masjid Nurul Islam akan menganjurkan Majlis Berkhatan beramai-ramai untuk Anak-Anak Kariah Desa Pahlawan / Perwira Jaya serta TERBUKA kepada Anak-Anak Jemaah sempena cuti sekolah hujung tahun ini.

3. Majlis berkhatan tersebut akan diadakan pada 06 Disember 2015 (AHAD) jam 09.00 Pagi dan dikendalikan oleh Tn. Hj. Naza  iaitu Doktor dari Hospital Kuala Lumpur (HKL). 

4. Yuran penyertaan bagi upacara berkhatan ini berjumlah RM150.00 untuk SEORANG.

5. Sekiranya tuan / puan berminat untuk melibatkan anak-anak bagi menyertai majlis berkhatan ini bolehla mendapatkan borang penyertaan di pejabat masjid / mana-mana AJK Masjid Nurul Islam dan menyerahkan kembali pada waktu pejabat (Isnin – Jumaat : jam 8.00am – 5.00pm). Sebarang pertanyaan boleh menghubungi pejabat Masjid Nurul Islam di talian 03-9202 2028. Tarikh TUTUP penyertaan pada 30 November 2015 (ISNIN).


Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment