About Me

My photo
Ampang, Kuala Lumpur, Kuala Lumpur, Malaysia

Sunday, 22 November 2015






Ceramah Kuliah Maghrib 23/11/2015 (ISNIN) bertajuk:

"KEHIDUPAN PARA SAHABAT NABI S.A.W"

Oleh: USTAZ IKRAM

Selepas Solat Maghrib di Masjid Nurul Islam Desa Pahlawan / Perwira Jaya.

*Muslimin / Muslimat dijemput hadir beramai-ramai*


Tuesday, 17 November 2015

ASSALAMUALAIKUM.......

Pihak Masjid Nurul Islam akan mengadakan PERTANDINGAN MEWARNA  & PERTANDINGAN SYARAHAN sempena Sambutan Maulidur Rasul 1437H / 2015M.

1. PERTANDINGAN MEWARNA

Syarat-Syarat Penyertaan:

  • Terbuka kepada SEMUA kanak-kanak berumur 10 Tahun & Ke Bawah. (Terbuka kepada Anak Kariah Sahaja)
  • Sila Bawa Alatan Mewarna (Pensil Warna) Sendiri.
  • Kertas Lukisan Akan Disediakan.
Tarikh    : 24 Disember 2015 (KHAMIS)
Masa      : 09.00 Pagi
Tempat   : Masjid Nurul Islam


2. PERTANDINGAN SYARAHAN

Syarat-Syarat Penyertaan:

  • Kategori A : Veteran (Lelaki & Perempuan)
  • Kategori B : Remaja 18 Tahun & Ke Bawah. (Lelaki & Perempuan)
  • Terbuka kepada Semua. (Anak Kariah / Jemaah)
  • Tajuk Akan Disediakan Oleh Urus Setia Program.
Tarikh   : 24 Disember 2015 (KHAMIS)
Masa     : 11.00 Pagi
Tempat  : Masjid Nurul Islam


JOM SERTAI KAMI!!! 

Hubungi pejabat Masjid dengan segera di talian : 03-92022028 untuk sesi pendaftaran!!!!

Wednesday, 4 November 2015



PROGRAM MAJLIS BERKHATAN BERAMAI-RAMAI SEMPENA CUTI SEKOLAH 2015

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Masjid Nurul Islam akan menganjurkan Majlis Berkhatan beramai-ramai untuk Anak-Anak Kariah Desa Pahlawan / Perwira Jaya serta TERBUKA kepada Anak-Anak Jemaah sempena cuti sekolah hujung tahun ini.

3. Majlis berkhatan tersebut akan diadakan pada 06 Disember 2015 (AHAD) jam 09.00 Pagi dan dikendalikan oleh Tn. Hj. Naza  iaitu Doktor dari Hospital Kuala Lumpur (HKL). 

4. Yuran penyertaan bagi upacara berkhatan ini berjumlah RM150.00 untuk SEORANG.

5. Sekiranya tuan / puan berminat untuk melibatkan anak-anak bagi menyertai majlis berkhatan ini bolehla mendapatkan borang penyertaan di pejabat masjid / mana-mana AJK Masjid Nurul Islam dan menyerahkan kembali pada waktu pejabat (Isnin – Jumaat : jam 8.00am – 5.00pm). Sebarang pertanyaan boleh menghubungi pejabat Masjid Nurul Islam di talian 03-9202 2028. Tarikh TUTUP penyertaan pada 30 November 2015 (ISNIN).


Sekian, terima kasih.